Kesetiaan kepada UMNO



Kesetiaan kepada UMNO
|||Today 06:20 AM|Dr. Mahathir Mohamad (noreply@xxxxxxxxxxx)
1. Saya kurang faham dakwaan pemimpin-pemimpin tertentu UMNO bahawa mengkritik
atau mendesak Presiden UMNO berhenti bermakna tidak setia kepada UMNO.

2. Tun Razak dan beberapa pemimpin UMNO yang lain telah tidak bersetuju dengan
yang di Pertua UMNO Dato Onn Jaafar berkenaan dengan cadangannya untuk buka UMNO
kepada semua kaum sehingga Dato Onn terpaksa undur.

3. Apakah sikap dan perbuatan Tun Razak dan rakan-rakannya ketika itu bermakna
mereka tidak sayang dan tidak setia kepada UMNO?

4 Pada 1969-71 Tun Razak dan lain-lain pemimpin UMNO secara tidak langsung tidak
bersetuju dengan kepimpinan Tunku Abdul Rahman dan Tunku telah undur diri.

5. Apakah Tun Razak kerana menolak kepimpinan Tunku, iaitu tidak setia kepada
Tunku sebagai Presiden UMNO maka dianya tidak setia kepada parti?

6. Pada tahun-tahun 1986-7 [Tun] Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan DATO SERI
ABDULLAH AHMAD BADAWI bertindak untuk menjatuhkan saya sebagai Presiden UMNO.
Mereka jelas tidak setia kepada saya.


7. Apakah saya tuduh mereka tidak setia kepada parti? Apakah mereka dilarang
berjumpa ahli-ahli UMNO? Apakah mereka ditegah berkempen untuk memburukkan nama
saya, tidak undi saya? Apakah tentangan terhadap saya dianggap oleh saya dan
oleh mereka sebagai tidak setia ada parti?

8. Sepatutnya setelah Dato Seri Abdullah kalah dia tidak diterima masuk UMNO
Baru kerana tidak setia kepada saya.

9. Tetapi dia diterima masuk dan dibenar bertanding jawatan ahli Majlis
Tertinggi dan kemudian Naib Presiden.


10. Jika saya pegang kepada tafsiran sesiapa yang tidak setia kepada saya tidak
setia kepada parti, apakah akan saya lantik sekali lagi Dato Seri Abdullah
sebagai Menteri dan kemudian sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan seterusnya.

11. Saya tak suruh ahli UMNO sokong apa yang saya lakukan.

12. Tetapi fikirkanlah akan kewajaran dakwaan sesiapa yang tidak setia kepada
Dato Seri Abdullah adalah tidak setia kepada parti UMNO.

13. Apakah UMNO adalah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato Seri Abdullah
Ahmad Badawi adalah UMNO?

14. Jika Abdullah Ahmad Badawi dengan UMNO adalah sama dan satu, maka parti ini
bukan lagi UMNO. Apa perlunya saya jadi ahli dalam parti Abdullah Ahmad Badawi?

15. Hanya mereka yang berkepentingan sahaja yang menyebar dan mendokong konsep
UMNO adalah Dato Seri Abdullah dan tanpa kesetiaan kepada Dato Seri Abdullah
maka ahli tidak setia kepada UMNO.


http://www.chedet.com/2008/05/kesetiaan-kepada-umno.html

cksf
aka running dog chow-kow-sick-fûçkk(cksf)
.



Relevant Pages

  • Re: Mahathir seru ahli Umno paksa Abdullah letak jawatan segera
    ... Mohamad menyeru ahli dan pemimpin Umno supaya 'memaksa' Dato' Seri ... Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya segera bagi memulihkan ... Yang salah bukan BN atau Umno. ... "Ya, saya mengaku salah. ...
    (soc.culture.malaysia)
  • Mahathir seru ahli Umno paksa Abdullah letak jawatan segera
    ... Mohamad menyeru ahli dan pemimpin Umno supaya 'memaksa' Dato' Seri ... Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya segera bagi memulihkan ... Yang salah bukan BN atau Umno. ... "Ya, saya mengaku salah. ...
    (soc.culture.malaysia)
  • Naib ketua Pemuda Umno cawangan sertai PKR
    ... Naib ketua Pemuda Umno cawangan sertai PKR ... Naib ketua Pemuda Umno cawangan Taman Widuri Indah, S Musliadi Sabtu ... "Dalam Umno saya tidak boleh bercakap mengenai kebenaran. ...
    (soc.culture.malaysia)
  • Dr Mahathir Terus Bersuara
    ... Dr Mahathir Terus Bersuara ... Formula untuk MP Barisan Nasional singkirkan Abdullah dijelaskan. ... mengatakan puak Abdullah akan keluar BN jika dia disingkir dalam undi tidak ... Dr Mahathir selepas mengundur diri dari UMNO. ...
    (soc.culture.malaysia)
  • Hanya Agong Boleh Bantu Selesai Kemelut Dr M-PM, Kata Tan Sri Aziz Tapa
    ... Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah mencapai tahap memerlukan penglibatan ... kata veteran Umno Tan Sri Abdul Aziz Tapa. ... Sebab tu saya ada cadangan, kalau boleh Yang di-Pertuan Agong ...
    (soc.culture.malaysia)