!!! MALAYSIA Anwar Ibrahim
- From: "CKinSF <ck_in_sf1@xxxxxxxxxxx>" <CKinSF <ck_in_sf1@xxxxxxxxxxx>>
- Date: Mon, 19 May 2008 07:26:32 +0800
!!! MALAYSIA Anwar Ibrahim
Yesterday
Catatan Mengenang 100 Tahun Kebangkitan Nasional
||||Yesterday 12:17 AM|Anwar Ibrahim
catatan oleh Hasmi Hashim daripada Surabaya, Indonesia
?Harapan Baru? kini bukan sekadar di Malaysia; geloranya juga mulai meraupi
mancanegara, Indonesia.
Pada 14 Mei lalu, bersama pengarah eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD),
saudara Khalid Jaafar, saya berkesempatan beserta dalam lawatan Dato? Seri Anwar
Ibrahim ke Kota Batu (atau disebut juga sebagai ?Mbatu?), Jawa Timur. Program
dan acaranya ialah untuk memperingati ?peristiwa 1908?: 100 tahun lalu di mana
berdirinya kelompok anak-anak muda ?Beodi Eotomo? yang mencetuskan pemikiran dan
kesedaran menentang kolonial.
Kota Batu terletak sekitar 90 kilometer ke Barat Surabaya dan ?Mbatu? adalah
akronim daripada nama Embah Wastu: seorang prajurit di zaman Pangeran
Diponogoro. ?Embah? dalam istilah Jawa adalah gelaran hormat kepada orang tua,
sementara sang panglima itulah yang dikatakan sebagai ?babat alas? (kira-kira
maksudnya ?pembuka pertama?) wilayah kota di kaki Pergunungan Panderman. Kota
ini juga pernah menjadi tempat istirehat Raja Sindok pada abad ke-10.
Selain Anwar yang menyampaikan ucaptama, pemidato lain terdiri daripada mantan
Ketua Umum Pengurus Pusat Muhammadiyah, Buya Syafii Maarif, dan penyair besar,
WS Rendra.
Dewan Kartika Wijaya penuh sesak dan melimpah ke luar ketika rata-rata
masyarakat sekitar mahu menjadi saksi gagasan baru kebudayaan dan politik oleh
ketiga tokoh tersebut. Ketibaan kami disambut cukup bertradisi oleh wali kota,
Eddy Rumpoko dan Sultan Ternate Jo Ou Kolano Mudaffar Sjah.
Acara menjadi cukup menarik dengan dilatari dentingan gamelan dan mederatornya
oleh pemain wayang terkenal, Sujiwo Tedjo yang ditemani dua watak, Semar dan
Petruk.
Ringkas dari maksud pidato ketiga tokoh itu ialah sejak pasca-merdeka, kini
kesedaran terhadap kebebasan semakin kukuh sekalipun sememangnya kita sedang
bergelut mencari nuansa pemikiran dan cara terbaik demi memastikan bahawa
kebebasan tidak tergadai dalam apa jua keadaan dan gagasan sekalipun.
Sebelum itu, pada sebelah petangnya,sejurus tiba dari Jakarta kerana merasmikan
buku terbaru Amein Rais (?Agenda-Mendesak bangsa: Selamatkan Indonesia!?) dari
Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Anwar terus dibawa ke sebuah restoren
dalam pertemuan dengan usahawan utama dan paling berpengaruh di Surabaya.
Selepas menyaksikan keputusan Pilihanraya Umum ke-12, keyakinan peniaga di
Surabaya bertambah untuk menjalin hubungan dagang dengan usahawan di Malaysia.
Mereka juga diberitahu oleh Anwar bagaimana kini Pakatan Rakyat mengusai 5
negeri yang menyumbang 65 peratus hasil pendapatan dan kekayaan negara.
Jadual padat hari itu tamat dengan rakaman program ?talk show? oleh sebuah
stesyen televisyen tempatan jam 2.30 pagi, sedangkan esoknya, jam 6 pagi (!)
Anwar perlu ke Kuala Lumpur.
Saya dan Pak Khalid tidak bersama pulang?kami perlu terus berdiskusi dengan
teman-teman intelektual dan budayawan sepanjang dua hari berikutnya. Aduhai?
usaha dan kemahuan yang tidak lazim di negara kita.
Kepada isteri bapak Rendra, Zen Zuraidah? selemat hari lahir. Keknya yang
dikirim Anwar, saya dan Pak Khalid yang banyak meratah!
?Bapak Anwar usah terlalu lama menunggu untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia
ya?? begitulah selalunya harapan yang saya dengar dari segenap orang di sini.
Liputan Media Indonesia
||||Yesterday 12:22 AM|Anwar Ibrahim
Antara News
Anwar Ibrahim: Investasi Jangan Korbankan Kepentingan Rakyat
Jawa Pos
Anwar Ibrahim Iri Kebebasan Pers
Suara Surabaya
Anwar Ibrahim Janjikan Normalisasi Hubungan Indonesia-Malaysia
Kompas
Anwar Ibrahim di Malang
Kenyataan SUA KeADILan mengenai tuduhan Mukhriz
||||Yesterday 01:51 AM|Admin
Kenyataan Media, oleh Dato? Salehuddin Hashim, Setiausaha Agung KeADILan, 17 Mei
2008
Kenyataan yang dibuat oleh Datuk Mukhriz Mahathir dengan merujuk Dato? Seri
Anwar Ibrahim sebagai mempunyai kaitan dengan anasir anti Islam di Amerika
adalah satu kenyataan yang dangkal dan dibuat secara mala fide.
(more?)
http://anwaribrahimblog.com
CKinSF.
aka running dog chow-kow-sick-fûçkk(cksf)
- Prev by Date: !!! malaysia Colour Blind
- Next by Date: !!! THE MALAYSIAN
- Previous by thread: !!! malaysia Colour Blind
- Next by thread: !!! THE MALAYSIAN
- Index(es):
Relevant Pages
|