Re: Let’s send the Altantuya murderers to hell
- From: Politikus <ffasia@xxxxxxx>
- Date: Wed, 30 Apr 2008 02:18:32 -0700 (PDT)
On Apr 30, 5:17 pm, Politikus <ffa...@xxxxxxx> wrote:
Let’s send the Altantuya murderers to hell
Today, we shall not be talking about politics. We shall also not be
talking about race or religion. Today, we shall talk about doing the
human thing. Today, let’s discuss how to launch a ‘Justice for
Altantuya: restore Malaysia’s dignity’ campaign. And let’s send those
bastards who murdered Altantuya to hell where they belong.
KENYATAAN AKBAR TIMBALAN PERDANA MENTERI DATO SRI MOHD NAJIB TUN
RAZAK
Posted by Raja Petra
Wednesday, 30 April 2008
Saya ingin merujuk kepada rencana yang disiarkan pada laman web tuan
di bawah tajuk “Let’s Send Altantuya’s Murderers To Hell” pada 25
April yang lalu.
Untuk makluman pembaca laman web tuan, saya membuat kenyataan ini
untuk menjelaskan perkara sebenar, memandangkan ada sindiran- sindiran
dan juga komen-komen yang tidak berasas yang dilontarkan terhadap
Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Razak serta
isterinya, Datin Sri Rosmah Mansor.
2. Artikel tersebut menuduh bahawa kononnya Timbalan
Perdana Menteri dan isterinya ada kaitan dengan pembunuhan seorang
wanita Mongolia; bahawa kononnya Timbalan Perdana Menteri pernah
menyokong permohonan visa wanita itu; bahawa kononnya rekod imigresen
wanita itu telah sengaja dihapuskan dan kononnya ada gambar yang
dirakamkan (menunjukkan Timbalan Perdana Menteri dan isterinya)
bersama dengan wanita Mongolia itu. Kesemua kenyataan ini merupakan
kenyataan padang-dengar (hearsay) yang tidak pernah dibuktikan,
tetapi pihak tuan sewenang-wenangnya menyiarkan kenyataan seperti
itu seolah-olah ianya fakta, dan menjelaskan pendirian pihak tuan,
dengan menyebut “ kami juga telah melaksanakan perbicaraan kami
sendiri di mahkamah pendapat umum, dan kami telah mencapai keputusan
kami sendiri.”
3. Rencana berkenaan juga menggambarkan seolah-olah
penyiasatan polis dalam kes ini penuh kelemahan dan kecacatan serta
proses perundangan berkaitan kes ini juga dikompromi dengan tujuan
menyembunyikan pesalah sebenar dalam kes itu. Gambaran ini pihak tuan
nyatakan dengan ayat “ show trial in the Kangaroo Court”dalam rencana
terbabit.. Walaupun pada hakikatnya tuduhan-tuduhan dalam kes ini
adalah tertakluk dalam bidang kuasa polis dan institusi kehakiman,
Timbalan perdana Menteri berhak untuk mengulangi pendiriannya dalam
“mahkamah pendapat umum’ ini bahawa beliau tidak pernah kenal, malah
tidak pernah bertemu dengan mangsa dalam kes bunuh ini. Maka segala
tuduhan-tuduhan liar yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri , sama
ada secara langsung atau secara sindiran, adalah tidak lain dan tidak
bukan berniat jahat untuk mencemarkan nama baik Timbalan Perdana
Menteri pada mata rakyat Malaysia.
4. Dakwaan seorang saksi dalam perbicaraan kes
Altantuya bahawa konon-kononnya si mati pernah makan bersama dengan
Razak Baginda dan individu bernama “Najib Razak” tidak pernah
disahkan, malah kredibiliti saksi itu juga tidak pernah diteliti.
Dakwaan kononnya ada gambar si mati dengan Razak dan Timbalan Perdana
Menteri juga tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana pihak melainkan
gambar rekaan yang terbukti palsu serta dibuat dan dikeluarkan oleh
Ketua Penerangan PKR, Tian Chua. Jika benar gambar seperti yang
didakwa itu wujud, mengapakah ia tidak dibawa ke dalam perbicaraan kes
bunuh itu sebagai bahan bukti? Apakah “gambar” yang ghaib itu hanya
boleh dijadikan bukti dalam “mahkamah pandangan umum” yang disebut
dalam rencana itu?
5. Butiran kes, mengenai penglibatan Razak Baginda
dan dua anggota polis yang dituduh, akan terungkai sepenuhnya dalam
perbicaraan kes ini. Saya ingin menyatakan di sini bahawa dakwaan
kononnya kes pembunuhan Altantuya ini pula bersangkut paut dengan
pembelian kapal selam oleh Kerajaan Malaysia adalah tidak berasas sama
sekali dan dakwaan itu dibuat semata-mata untuk menjadikan dongengan
yang timbul sekitar kes ini lebih menarik,
6. Dato Sri Najib sekian lama menahan dan mengelak
dari membuat sebarang kenyataan tentang kes ini kerana ia melibatkan
tuduhan terhadap individu-individu yang beliau kenali. Sebarang
kenyataan daripada beliau sudah tentu mengundang pelbagai tafsiran
atau dianggap sebagai mencampuri urusan mahkamah, memandangkan
perbicaraan kes itu sedang berlangsung. Suka diingatkan di sini bahawa
pernah berlaku dalam sejarah negara ini, seorang bekas Timbalan
Perdana Menteri didapati bersalah atas tuduhan menyalahguna kuasa
apabila beliau cuba menutup penyiasatan salahlaku seksual terhadap
dirinya.
7. Seperti yang dinyatakan sendiri oleh tuan dalam
rencana itu, ada isu berkaitan “subjudice” dan penghinaan mahkamah,
apabila membincangkan kes ini secara terbuka. Semua pihak, termasuk
Dato Sri Najib, rakyat Malaysia, dan juga pelawat asing yang berada di
Malaysia perlu menghormati undang-undang dan peraturan negara ini dan
dalam konteks kes ini, menghormati undang-undang dan peraturan
tersebut bermaksud tidak membuat pelbagai spekulasi atau kenyataan
tentang kes yang sedang dibicarakan. Justeru, amatlah tidak adil
tuduhan-tuduhan liar dan tidak berasas berkaitan perkara yang sebegitu
serius dilemparkan sewenang-wenangnya terhadap Timbalan Perdana
Menteri bagi tujuan menjatuhkan maruahnya pada pandangan umum.
8. Dalam rencana tuan, ada disebut “hal ini bukan hal
politik dan tidak harus diuruskan sebagai hal politik”. Timbalan
Perdana Menteri amat bersetuju dengan pandangan ini dan berpendapat
bahawa kes ini perlu mendedahkan kebenaran, dan diselesaikan dengan
seadil-adilnya. Namun begitu, jelas sekali ada pihak yang tidak
berminat untuk mendapatkan pengadilan yang sebenar untuk Altantuya.
Sebaliknya mereka hanya berminat dengan aspek politik kes Altantuya
ini. Harapan saya agar pembaca-pembaca laman web tuan dapat membezakan
antara apa yang benar, separuh benar, dan apa yang sebenarnya
pembohongan dan penipuan yang nyata. Maklum sahajalah, seseorang ahli
politik itu diadili di “mahkamah pandangan umum”.
9. Akhir sekali, ingin saya tegaskan di sini, bahawa,
memandangkan tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkant terhadap Timbalan
Perdana Menteri itu adalah sangat serius dan membawa kesan negatif
terhadap maruah dan imejnya, beliau tidak akan teragak-agak untuk
mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab.
Terima kasih.
Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad
Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri
.
- Follow-Ups:
- Re: Let’s send the Altantuya murderers to hell
- From: Politikus
- Re: Let’s send the Altantuya murderers to hell
- References:
- Let’s send the Altantuya murderers to hell
- From: Politikus
- Let’s send the Altantuya murderers to hell
- Prev by Date: Let’s send the Altantuya murderers to hell
- Next by Date: Re: Let’s send the Altantuya murderers to hell
- Previous by thread: Let’s send the Altantuya murderers to hell
- Next by thread: Re: Let’s send the Altantuya murderers to hell
- Index(es):