Kuning: Warna penyatuan perhimpunan 10 Nov
- From: KJ <khairy.jamaluddin@xxxxxxxxx>
- Date: 31 Oct 2007 09:22:36 -0700
Kuning: Warna penyatuan perhimpunan 10 Nov
Amin Iskandar
Oct 30, 07 2:27pm
Pertama kali dalam sejarah Malaysia, badan bukan kerajaan (NGO),
kesatuan sekerja, persatuan mahasiswa dan parti-parti pembangkang -
yang bergabung dalam Bersih (Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil) -
mengambil inisiatif untuk bersungguh-sungguh memperjuangkan
pilihanraya yang bebas, telus dan adil.
Bersih akan menganjurkan Perhimpunan 100,000 Rakyat pada 10 November
2007 di Dataran Merdeka bagi menuntut agar pilihanraya di Malaysia
dijalankan dengan bebas dan adil. Perhimpunan yang bertemakan
"Selamatkan Malaysia" itu dijangka dihadiri 100 000 rakyat dari
seluruh negara.
Malahan perhimpunan ini dikatakan bakal mengulangi sejarah 20
September 1998 di mana 100,000 rakyat berkumpul di Dataran Merdeka
sewaktu pemecatan Anwar Ibrahim. Yang lebih menarik ialah Perhimpunan
100,000 Rakyat yang dianjurkan pada kali ini, akan menyaksikan satu
lambang penyatuan. Warna kuning telah dipilih sebagai warna penyatuan
pada hari tersebut.
Warna kuning yang turut digunakan sebagai warna untuk memperjuangkan
kebebasan media, diharap akan dapat menarik sokongan aktivis media
untuk bersama-sama dalam perhimpunan ini. Penggunaan warna kuning
telah menaikkan semangat rakyat untuk bersama-sama menyertai
perhimpunan tersebut, sehinggakan ada pihak yang mengatakan bahawa
Perhimpunan 100,000 Rakyat yang akan dianjurkan pada 10 November 2007,
adalah "Revolusi Kuning".
.
- Prev by Date: Naga fireballs event fails to impress eager crowds
- Next by Date: In disgust for the junta, Burmese are united
- Previous by thread: Naga fireballs event fails to impress eager crowds
- Next by thread: In disgust for the junta, Burmese are united
- Index(es):