Re: KRISIS BAJU LINDA ONN
- From: "Tetuang" <tetuang@xxxxxxxxxxx>
- Date: 21 Mar 2007 03:06:26 -0700
apa punya complex sangat otak melayu ni...pakai sajalah, kalau boss
mat salleh kata pakai tentu merangka si L Onn tu akan pakai ni sebab
boss melayu...
sedih sebab perkara kecil tapi ada banyak tempat lain lagi nak jaga
maruah...oh malangnya kalau nak berdepan dengan ketua ingatlah
kita ni kerdil ikut sajalah and later on bolehlah nak emosi ke apa-apa
ke...pokoknya you blew it...habislah tak a second chance for you
lady
Regards,
Tetuang
On Mar 21, 3:39 pm, "fizzy" <fiza_fri...@xxxxxxxxx> wrote:
PERINGKAT AWAL
* Penghujung Januari 2007 - Linda diberitahu oleh Rostam (Pengurus
Program Era) tentang pemilihan Linda untuk ke Los Angeles.
* Setelah disahkan melalui perbualan telefon bersama Nini (Star
Movies),Linda kemudian berhubung dengan Shamel (pegawai Star Movies)
untuk perkara-perkara yang lebih lanjut.
- Linda diberitahu yang mereka (Star Movies) akan mencari pakaian
jenama antarabangsa untuk Linda bagi acara besar ini.
- Demi untuk memenuhi kehendak STAR MOVIES,Linda pergi ke Butik BCBG
(KLCC) dan mencuba pakaian mereka. Setelah dipilih pakaian yang sesuai
dengan imej Linda, Linda diberitahu oleh pembantu pelanggan BCBG
bahawa
pakaian itu model lama dan tidak dicadangkan untuk ditaja. Hanya
pakaian
model baru yang boleh ditaja. namun pakaian model baru tidak sesuai
dengan imej Linda dan Linda mengambil keputusan menggunakan khidmat
Jovian (yang mana Linda mengupahnya untuk pakaian Linda bagi acara
Anugerah Bintang Popular)
- Setelah diberitahu kepada Shamel,dia setuju dan meminta lakaran
pakaian tersebut ditunjukkan terlebih dahulu kepada pihaknya. Peluang
ini digunakan Linda untuk mereka fesyen pakaian yang sesuai dengan
imej
Linda dan menampilkan ciri Melayu dan ketimuran.
- Setelah siap lakaran dan dalam pada masa yang sama pakaian tersebut
dalam proses disiapkan, dengan bangganya Linda memberitahu bahawa
pakaian Linda adalah gabungan kebaya (yang menampakkan ciri-ciri
wanita
timur) dan gaun labuh (sedikit sentuhan barat) .
- Kira-kira 2 minggu sebelum tarikh dijangka berlepas ke LA (22hb
Feb),
Linda diberi surat sokongan oleh pihak STAR Movies untuk permohonan
VISA
US. 16 Februari 2007, Linda menghadiri temuduga permohonan VISA
bersama
kakak (Intan) dan ianya diluluskan. Pihak kedutaan meminta kami
kembali
untuk mendapatkan VISA pada 21 Februari 2007. Pihak STAR Movies
maklum
akan proses permohonan dan kelulusan visa ini.
KRONOLOGI 'KEHILANGAN LINDA'
20 Feb 07
- Sidang akhbar bersama media, mengenai pengumuman Linda dan Dominic
ke
Los Angeles untuk acara 'Live From The Red Carpet-79th Academy
Awards'
anjuran Star Movies di Star Hill,KL. Nini dan Shamel bersama beberapa
staf Star Movies yang lain turut hadir.
- 'Sketch' atau lakaran baju yang dilukis oleh Jovian ditunjukkan
kepada Shamel dan Shamel kemudiannya menunjukkan kepada Nini sebelum
sidang akhbar bermula. Menurut Shamel,Nini setuju dengan lakaran yang
diberi dan Shamel juga turut memuji lakaran pakaian tersebut.
- Di sidang akhbar yang sama,nama Jovian sebagai pereka Indonesia
untuk
baju Linda dinyatakan dihadapan Nini dan berbelas wartawan yang lain.
- Keadaan masih berjalan lancar.
21 Feb 07
- Berita mengenai sidang akhbar disiarkan di kebanyakan akhbar di
Malaysia
22 Feb 07 (waktu Malaysia)
- Semuanya dalam keadaan baik seperti yang dirancang. Linda dan Intan
bertolak ke Los Angeles dari KLIA jam 3 petang.
- Kapal terbang transit di Taipei.
-Keadaan masih baik. Tiada sebarang panggilan atau sms diterima
daripada sesiapa.
22 Feb 2007 (waktu LA)
- Tiba di LAX Airport, Los Angeles lebih kurang jam 7 malam (11 pagi
waktu Malaysia- 23 Feb)
- Sejurus tiba, Linda menerima sms daripada Pengurus Besar Stesyen
Radio ERA (En. Rostam) meminta Linda menghubungi beliau dengan segera.
-Setelah dihubungi, beliau menyatakan Pihak Pengurusan Tertinggi ASTRO
(majikan Linda) menerima panggilan telefon daripada seseorang yang
berpengaruh di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang 'melarang' Linda
mengenakan pakaian pereka fesyen Indonesia (Jovian) untuk acara 'red
carpet' di Academy Awards nanti dengan alasan mempertikaikan mengapa
Linda menggunakan khidmat pereka fesyen luar dan bukan pereka fesyen
tempatan.
- Rayuan Linda tidak diterima oleh Rostam.
-Setelah itu,perbualan demi perbualan telefon berlangsung antara Linda
dan Pengurus Rangkaian AMP (Cik Kudsia Kahar) yang mana Linda merayu
untuk terus mengenakan pakaian yang telah sedia ada dibawa.
- Menurut Kudsia,pakaian gantian akan diterbangkan ke LA.
- Rayuan Linda tidak diterima oleh Kudsia.
23 Feb 07
- Keluar bersama Dominic,Cheng (PA Star Movies) untuk berjumpa Debra
(produser) di Kodak Theatre untuk mempelajari kedudukan kamera,hos dan
sebagainya.
- Perbincangan Linda,Dominic dan Debra berjalan dengan lancar
- Rayuan demi rayuan terus dibuat oleh Linda kepada Kudsia. Kudsia
cuba
membantu menenangkan fikiran Linda yang terganggu mengenai perkara ini
.
- Perbualan telefon yang sangat panjang tetapi tetap diakhiri dengan
keputusan yang sama.
- Linda meminta Kudsia memberi bukti 'larangan'dalam bentuk bersurat
(hitam-putih) dimana Pihak Pengurusan Tertinggi ASTRO menerima arahan
daripada seseorang di Jabatan Perdana Menteri tetapi menurut
Kudsia,tiada surat menyurat antara mereka. Katanya, surat rasmi tidak
diperlukan oleh kerana panggilan tersebut dibuat pada waktu malam,
kira-kira 10.30 malam pada hari Khamis (22 Feb) (waktu Malaysia)
kepada
Pihak Pengurusan Tertinggi Astro iaitu Mr Ralph Marshall. Menurut
Kudsia
lagi , panggilan yang dibuat oleh seseorang daripada JPM sudah cukup
kuat untuk sesuatu arahan. Andaikata pakaian tersebut disarung
juga,pelbagai masalah akan timbul. Antaranya lesen stesyen TV akan
ditarik,kontrak sebuah siaran TV tidak akan disambung dan kerjaya
serta
kontrak Linda di stesyen TV dan radio bakal tergugat.
-Linda bertanya kepada Kudsia - Benarkah termaktub dalam mana-mana
undang-undang yang menyatakan orang Malaysia tidak boleh mengenakan
pakaian pereka luar negara? Jawab Kudsia - Beliau bersetuju yang
sepanjang pengetahuannya, tiada undang-undang sedemikian.
-Puas Linda memujuk Kudsia agar beliau dapat berbual dan memujuk pihak
atasan supaya Linda boleh mengenakan pakaian yang selesa dan sesuai
dengan Linda tetapi beliau mengatakan ini adalah arahan pihak
atasan,bukan dari beliau.
- Menurut Kudsia,beliau berkali-kali merayu bagi pihak Linda kepada
pihak atasan dan terus memujuk Linda supaya menerima keadaan.
- Perbualan yang sangat panjang bersama Kudsia dan rayuan serta
pujukan
membuat Linda tersentuh untuk mempertimbangkan semula walaupun dalam
keadaan yang amat berat.
- Menurut Kudsia,pakaian Linda akan diterbangkan bersama dengan salah
seorang pereka terkemuka di Malaysia
- Rayuan dibuat kerana Linda kurang selesa dengan pertukaran pada
saat-saat akhir (last minute). Tambahan lagi pakaian tersebut
dikatakan
dibuat dalam keadaan 'kecemasan'
- Linda terus menanti pakaian yang akan tiba dan mengharap kesesuaian
pakaian tersebut.
24 Feb 07
- Seperti yang diaturkan oleh Cheng,perjumpaan untuk 'rehearsal'
bersama Debra akan diadakan pada jam 5.30 petang tetapi Cheng telah
datang ke bilik Linda lebih kurang jam 3.30 petang untuk membawa Intan
(kakak merangkap pembantu peribadi) pergi mencari bodysuit. Menurut
Cheng ini adalah atas arahan pihak Star Movies.
- Intan enggan menemani Cheng kerana tidak mahu meninggalkan Linda
seorang di dalam bilik. Walaubagaimanapun, Linda telah memberitahu
Cheng
saiz yang sesuai untuk Linda.
- Akhirnya,kami tidak pasti kenapa Cheng tidak keluar membeli apa yang
telah diarahkan oleh pihak Star Movies kepadanya
- Cheng tidak keluar dari bilik kami dan berkali-kali mengatakan dia
tumpang duduk di bilik kami kerana biliknya sedang dikemas
(housekeeping)
- Lebih kurang 5 petang,kami pergi ke pejabat Debra untuk menjalani
latihan (rehearsal)
- Linda mendapat berita daripada Cheng bahawa Nini (Star Movies) akan
tiba bersama pakaian rekaan Radzwan Razwill. Tidak dinafikan,pereka
tersebut adalah pereka yang terkenal dan Linda bersetuju rekaan-
rekaan
beliau amat menarik.
25 Feb 07
- Seperti yang diaturkan,pada jam 10.30 pagi,jurumekap dan jurudandan
rambut akan datang ke bilik Linda untuk memulakan persiapan bagi acara
Academy Awards dan kami harus bergegas ke Kodak Theatre pada jam 12.30
tengahari
- Tiada apa-apa berita mengenai pakaian Linda .
- Pada jam 6 pagi,Cheng datang ke bilik kami dan memohon supaya Linda
mengadakan latihan bersama Nini yang baru tiba dari Malaysia dan
kemudiannya menjalani latihan bersama Dominic pula.
- Intan agak terkejut kerana tiada apa-apa rancangan yang diaturkan
sebelum ini mengenai perkara ini dan tidak mahu mengganggu masa rehat
Linda.
- Cheng memohon Intan menelefon Nini terus dan kemudian pulang ke
biliknya.
- Perbualan antara Intan dan Nini menyentuh mengenai pakaian. Intan
terus merayu dan memohon berkali-kali kepada Nini supaya
mempertimbangkan semula permintaan kami memandangkan masa yang diberi
sudah sangat suntuk . Walaubagaimanapun, Intan memohon Nini datang ke
bilik untuk melihat pakaian yang sedia ada dibawa oleh Linda.
- Setelah melihat,Nini memberi pujian pada pakaian tersebut namun
tetap
dengan pendiriannya.
- Perbualan Intan dan Nini diakhiri dengan permohonan Nini untuk
mengadakan sesi latihan pada jam 9 pagi dan akan menyentuh semula
mengenai pakaian hanya selepas latihan. Kata Nini,"We'll talk about
the
dress later"
- Selepas latihan dijalankan bersama Dominic,lebih kurang 11
pagi,jurumekap dan pendandan rambut sudah pun berada di bilik.
- Keadaan berjalan lancar. Nini tidak langsung menyentuh soal pakaian
bersama Linda.
- Dalam keadaan persediaan,Nini muncul bersama pakaian yang dibawanya
lebih kurang jam 11.30 pagi.
- Keadaan menjadi sedikit tegang dan tertekan kerana kami menyangka
soal pakaian bukan lagi menjadi isu.
- Akhirnya Linda menyarungkan pakaian tersebut dan ternyata tidak
selesa disebabkan ;
1) Korset yang tidak sesuai dan tidak selesa dengan bahagian atas
tubuh
Linda. (Ini kerana tiada proses 'fitting'/ukuran badan yang dilakukan
bersama Radzuan). Lalu kata Nini,gunakan saja pakaian dalam Linda yang
ada dibawa untuk menyesuaikan korset tersebut agar padan di badan.
Linda
rasa kurang selesa. Ini kerana, agak kurang manis dan tidak sesuai
apabila mengenakan kebaya berkorset tetapi 'tali' pakaian dalam dapat
dilihat jelas. Ini sedikit sebanyak boleh mengganggu konsentrasi
persembahan Linda.Tiada pakaian tambahan yang Linda bawa kerana tidak
sangka terjadi hal sebegini di saat akhir.
2) Kain lace baju kebaya itu berwarna coklat cair (skin color) yang
mana jelas seolah-olah menampakkan sebahagian besar warna kulit Linda.
Ini juga turut membuatkan Linda kurang selesa. Linda tidak mempunyai
masalah mengenakan baju lace jika ia berwarna lain dan bukan seperti
'skin color'. Jika ia berwarna,mungkin boleh dipertimbangkan lagi.
* Dalam keadaan yang terlalu suntuk,Linda seolah-olah tidak diberi
peluang untuk membuat pilihan. Linda tidak menyalahkan pereka fesyen
tersebut kerana kami tidak pernah bertemu untuk sesi ukuran badan dan
pilihan pakaian,apatah lagi menanyakan tentang keselesaan Linda.
* Linda cuba terus bersikap terbuka dan berkompromi. Andaikata Nini
membawa beberapa pasang pakaian gantian (2 , 3 atau 4) dari Malaysia
di
saat-saat akhir begini,pastinya Linda ada beberapa pilihan, tapi
hanya
satu sahaja baju gantian yang dibawa dan itu sahaja baju yang boleh
keluar di TV? (Pada awalnya,Linda sangka mereka akan terbangkan
beberapa
pasang baju gantian supaya Linda boleh membuat pilihan)
* Intan dan Linda merayu buat kesekian kalinya agar Nini
mempertimbangkan semula permintaan kami untuk mengenakan baju Jovian
di
saat-saat akhir,namun Nini tetap berkeras.
* Nini berkata,"You are not doing a fashion show,you are just the
host". (Anda bukan membuat persembahan pakaian,anda hanya sebagai
pengacara). Begitu jugalah di benak fikiran Linda. Linda bukan seorang
model pakaian tetapi hanya pengacara. Mengapa semua orang begitu
terdesak mengenai pakaian Linda ?
* Menurut Nini,pakaian rekaan Radzwan Razwil ini telah diperlihatkan
kepada pihak pengurusan tertinggi (antaranya Rohana-CEO Astro,Kudsia
Kahar dan Ralph Marshall) yang berada di Malaysia dan hanya pakaian
ini
sajalah yang boleh ditayangkan di acara siaran langsung itu. Pakaian
lain tidak dibenarkan untuk ditayangkan. Apatah lagi baju Jovian.
* Linda bertanya kepada Nini apakah perkara yang paling buruk akan
terjadi jika Linda terus memakai pakaian Linda. Jawab Nini," Linda,If
you don't wear this dress,you're not going on TV". (Linda,jika anda
tidak pakai baju ini,anda tidak akan keudara di TV)
* Apabila Linda berkata yang Linda sungguh tidak selesa dan tidak
boleh
mengenakan pakaian itu,Nini berkata dengan nada tegas,"...then you are
not going to be on tv- pack your things". Lantas Nini terus keluar
dari
bilik hotel Linda.
* Linda tersentap dan sangat sebak mendengar ungkapan yang sungguh
keras daripada beliau. Dengan harga diri dan maruah yang sangat
tinggi,Linda dan Intan mengemas barang. Ternyata pujukan dan rayuan
kami
tidak diendahkan. Linda anggap ini satu penghinaan kepada
profesionalisme Linda dan pengalaman yang Linda miliki sepanjang
karier.
Sungguh tidak disangka.Hanya disebabkan sepasang baju,penat lelah
Linda
ke LA, tidak tidur malam Linda untuk acara ini,ulangkaji yang
berulang
kali,berjauhan dengan keluarga di Malaysia dan segala pengorbanan,
semuanya rasa seperti tidak berbaloi.
* Di waktu itu Linda rasa seperti diugut dan dipaksa. Ini adalah kali
pertama dalam hidup Linda sepanjang menjadi pengacara TV hampir 10
tahun
,'diugut' sebegini. Mengapa perlu ada nada ugutan dan nada paksaan ?
Sedangkan ini tubuh Linda dan Linda berhak menentukan apa yang
disarungkan di tubuh sendiri atau sekurang-kurangnya ada perbincangan
terlebih dahulu dan unsur tolak-ansur. Inikah profesionalisme?
* Demi untuk mempertahankan prinsip, maruah dan harga diri selepas
diperlakukan begitu,Linda tidak ada pilihan dan menerima hakikat
walaupun, pada masa yang sama memikirkan keghairahan untuk mengacara
di
acara yang sangat berprestij itu. Bukan kemahuan Linda,apakan daya
sudah
tidak dibenarkan.
* Sewaktu mengemas barang, beberapa minit selepas itu, Nini kembali
untuk mengambil semula pakaian tersebut dan memberitahu
Intan,"...Kalau
wartawan tanya saya, saya akan cakap Linda sakit teruk ya? ".
* Intan lantas menjawab - "Just tell the truth" (Ceritakan sahaja
perkara yang sebenar)
* Selepas kami mengemas, kami singgah ke bilik Cheng untuk mengambil
salinan gambar kenangan dari kameranya tetapi dia tidak ada di situ.
Selepas itu,kami ke bilik Dominic untuk mencari Cheng. Cheng tiada.
Yang
ada hanya Dominic,Nini dan 2 orang jurumekap
* Di sana, Nini dan Dominic pula merayu Linda untuk keudara tetapi
masih lagi perlu mengenakan pakaian yang sama. Maka, Linda masih tiada
pilihan.
* Di lobi hotel,Nini berjumpa kami (Linda dan Intan) dan meminta kami
mengembalikan pas masuk ke 'red carpet' Academy Awards.
* Linda dan Intan terus berlalu keluar dari hotel
SPEKULASI
- Pihak Linda tahu, di tanahair pelbagai spekulasi dan andaian negatif
mengenai 'kehilangan' Linda dibuat dan perkara ini melibatkan
reputasi
dan nama baik Linda di dalam kerjaya mahupun masa hadapan.
- Diharap segala spekulasi dan tuduhan ramai yang mengatakan ....
- Linda tarik diri kerana takut dengan acara besar.
- Linda tarik diri kerana gementar menemu bual bintang Hollywood
- Linda tarik diri kerana terlalu penat membeli belah di LA
- Linda tarik diri hanya kerana baju dan tidak profesional dan
pelbagai lagi....
JOVIAN
- Jovian adalah pereka fesyen muda yang dilahirkan di Indonesia
tetapi
sudah menetap di Malaysia sejak kecil.
- Menggunakan nama sebagai pereka fesyen Indonesia atas sebab-sebab
komersial
- Beliau baru menamatkan pengajian di salah satu institut di Malaysia.
- Bapanya adalah orang Malaysia.
- Untuk menyiapkan pakaian bagi acara ini,Linda,Intan dan Jovian
mengambil masa yang lama iaitu berminggu-minggu dan hampir setiap hari
kami berbincang. Hinggakan Jovian pulang selewat jam 4 pagi untuk
membantu Linda dan Intan menghasilkan pakaian yang kami inginkan
semata-mata untuk acara berprestij Star Movies ini.
PERSOALANNYA
- Mengapa tiada yang melarang pada peringkat awal tentang perkara ini
sebelum Linda berangkat ke LA? Mengapa bila Linda di LA baru
terdengar
'larangan' ini? Sedangkan pengesahan Linda untuk bertugas di sana
telah
dibuat lebih awal. Malah sidang akhbar telah berlangsung dua hari
sebelum tarikh Linda berlepas ke LA dan dalam majlis tersebut telah
dinyatakan dengan jelas pakaian yang akan linda kenakan sewaktu
bertugas
di 'red carpet'. Kenapa persediaan awal mengenai apa yang boleh
dipakai
dan tidak boleh dipakai tidak diberitahu awal-awal ?
- Mengapa bila ditanya dari pihak majikan Linda mengenai perkara
ini,mereka tidak berjaya mengemukakan surat rasmi untuk arahan
'larangan' dan membiarkan Linda tertanya-tanya adakah ini benar
kerana
tiada sebarang pengesahan bertulis.
- Mungkin Linda kurang pengetahuan tentang hal ini, tetapi benarkah
warganegara Malaysia tidak boleh mengenakan pakaian pereka fesyen
luar
negara apabila menjalankan tugas di luar negara? Ataupun perkara ini
hanya direka atas alasan tertentu?
- Mengapa pakaian pengacara Malaysia yang pergi ke acara yang sama
tahun lepas yang menggunakan pakaian jenama antarabangsa tidak
dipertikaikan, tiada larangan dan tiada isu mengenainya ? Malah kali
ini,
Linda cuba menampilkan ciri-ciri kemelayuan dan ketimuran.
- Mengapa begitu keras amarannya hanya kerana sepasang baju? "Hanya
baju itu yang boleh keluar TV. Baju lain tidak boleh?" Mengapa tugas
Linda untuk mengacara diperkotak-katikkan hanya kerana Linda tidak
dapat
memakai pakaian tersebut?
* Di manakah hak dan keperibadian seseorang dalam mempertahankan apa
yang disarung pada badan sendiri ?!
UNTUK BERITA GEMPAK YANG LEBIH GEMPAK DRI INI,SILA KUNJUNGI:
http:/www.freewebs.com/buatkerjadapatduit
-bukan sahaja pergi LA, 1 dunia pun boleh pusing kalau ada $$$ dari
kerja ini...
.
- Follow-Ups:
- Re: KRISIS BAJU LINDA ONN
- From: Honda Wave 125
- Re: KRISIS BAJU LINDA ONN
- Prev by Date: Re: The Barisan Nasional Parties Are Worthless
- Next by Date: Re: Legalising Homosexuality
- Previous by thread: The Barisan Nasional Parties Are Worthless
- Next by thread: Re: KRISIS BAJU LINDA ONN
- Index(es):
Relevant Pages
|