Kerajaan boros, rakyat tanggung beban=mkl
- From: pluto <pluto@xxxxxxxxxxxx>
- Date: Thu, 09 Mar 2006 19:47:17 +0800
Kerajaan boros, rakyat tanggung beban
Rakyat Resah
Mar 9, 06 4:17pm
Kenaikan harga petrol baru-baru ini disebabkan kantung kewangan negara
telah kering oleh perbelanjaan yang tidak berhemah oleh Kerajaan.
Banyak projek-projek yang dijalankan semasa zaman Tun Dr Mahathir Mohamad
tidak mendatangkan pulangan pelaburan dan tidak mengembangkan ekonomi
Malaysia.
Projek-projek yang dijalankan lebih kepada mercu-mercu tanda kebanggaan
yakni tugu-tugu peringatan bagi melambangkan Malaysia maju dengan adanya
bangunan-bangunan tinggi dan canggih ditambah dengan projek Mat Jenin,
pensyarikatan agensi kerajaan dan menyelamatkan syarikat kroni-kroni
Kerajaan.
Contoh yang boleh dilihat ialah seperti Putrajaya, KLCC, MSC, Komplek Sukan
Bukit Jalil, Cyberjaya, E-Village, MSC, Indah Water, MAS, Bank Bumiputra,
Formula 1 dan persidangan antarabangsa yang tujuannya untuk menunjuk-nunjuk
dan bukan mengembangkan ekonomi itu sendiri.
Ditambah dengan gejala rasuah yang memang menjadi lumrah kerajaan maka
banyak projek- projek kerajaan yang terbengkalai dan perlu dibaikpulih. Ini
menambah perbelanjaan Kerajaan dalam melaksankan sesuatu projek. Objektif
setiap projek dilaksanakan adalah untuk memperkayakan syarikat-syarikat
anak-beranak, saudara-mara dan sahabat andai dan bukannya secara jujur
membangunkan negara untuk keselesaan rakyat.
Pemimpin-pemimpin yang mempunyai jawatan di dalam parti atau pun di dalam
kerajaan menjadikan pangkat dan kuasa sebagai suatu cara untuk mencari
kekayaan.
Oleh itu jika Kerajaan ingin rakyat berkorban, eloklah para-para pemimpin
yang sedia ada berubah dahulu dan bertaubat nasuha supaya kerja yang dibuat
benar-benar ikhlas dan tidak sebagai batu loncatan untuk mengaut kekayaan.
http://www.malaysiakini.com/letter/
=========================end, and/or end quote================
-pluto
.
- Follow-Ups:
- Re: Kerajaan boros, rakyat tanggung beban=mkl
- From: MrSpiderman
- Re: Kerajaan boros, rakyat tanggung beban=mkl
- Prev by Date: Economy: Mahathir was right about spending=mkletter
- Next by Date: Petrol pricing amidst dictatorial system=mkl
- Previous by thread: Economy: Mahathir was right about spending=mkletter
- Next by thread: Re: Kerajaan boros, rakyat tanggung beban=mkl
- Index(es):