Re: Berhati-hati lantik orang asing ketuai MAS




Remember DBS had John Olds?

On Tue, 30 Aug 2005 16:52:22 +0800, "telus" <telus@xxxxxxxxx> wrote:

>Macam susah sangat nak cari yang berkelayak......sampaikan pada Pak Lah
>1. Lantik Abdul Wahid Omar menerajui MAS
>2. Lantik Khalid menerajui PROTON
>3. Ramai yang layak menerajui TMB dan TENAGA.
>
>Berhati-hati lantik orang asing ketuai MAS
>KUALA LUMPUR 29 Ogos - Sebarang langkah untuk melantik orang asing bagi
>mengetuai Malaysia Airlines (MAS) mestilah dilakukan dengan penuh
>berhati-hati, khususnya, selepas mengukur respons sama ada beliau akan
>diterima, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.
>
>``Kita perlu tengok dulu,'' kata bekas Perdana Menteri itu ketika ditemui
>selepas menyampaikan ucaptama beliau, The Thinking of a Thinker (Pemikiran
>seorang Pemikir) pada Seminar Pemikiran anjuran Universiti Islam
>Antarabangsa di sini hari ini.
>
>``Kita perlu fikirkan reaksi yang mungkin tercetus sebelum melaksanakan
>gagasan beliau, sama ada orang akan menerimanya ataupun tidak,'' katanya
>mengulas laporan baru-baru ini yang mengatakan MAS sedang mencari seorang
>rakyat asing untuk menerajuinya.
>
>``Mungkin semua syarikat nasional patut dikendalikan oleh orang asing. Kalau
>begitu, saya rasa kita harus ada definisi lain bagi nasional,'' katanya.
>
>Dr. Mahathir berkata, baru-baru ini ada sebuah syarikat pengangkutan yang
>diketuai oleh rakyat asing dan syarikat itu juga tidak memperlihatkan
>prestasi yang baik.
>
>Kepada syarikat-syarikat nasional yang berkemungkinan diketuai oleh rakyat
>asing, beliau berkata: ``Saya ucapkan selamat maju jaya kepada mereka.''
>
>Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata bahawa
>beliau mahu rakyat Malaysia mengetuai MAS tetapi bersedia untuk
>mempertimbangkan rakyat asing sebagai langkah sementara jika tiada rakyat
>Malaysia yang berkemampuan menerajuinya.
>
>``Bagaimanapun, saya yakin negara ini mempunyai ramai rakyat yang mampu
>menjalankan tugas itu,'' katanya selepas menghadiri majlis konvokesyen
>pertama Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) semalam. - Bernama
>
>
>
>
>
>

.


Quantcast